Monday, March 30, 2009

TV Magic...Jelajah ABP Batu Pahat Johor..

Hye Beautiful Readers..

last saturday... Nubhan Plak Naik Bas mewah Nih Pegi Batu Pahat Johor...




Nubhan: Ko tangkap gambar la cantik2 sket..


kencana Dewi berlari lari membawa beg yang besar.. mcm nak pegi sebulan..hehe



belajar dari kesilapan... Nubhan check Minus one yang perlu digunakan.. supaya tak tak jadi masalah kat sana...pada 3ptg bas kami bertolak..


kami berhenti di beberapa tempat... dan perjalanan kami amat slow but steady.. Pada pukul 8.30pm.. this is how i turn off my light.. Menyokong Earth Hour.. hehe..conserve my own energy.. nak pakai lama nih... oh tapi sepanjang pejalanan, R&R dan banyak lagi kawasan seperti tidak tahu mengenai Earth Hour... lampu premis mereka tidak dipadamkan..


Nubhan plak...

Nubhan:Bahagian bawah Bas nih Aku punye..
Syed: jangan nyanyi lama lama.. besok takder suara plak~
Nubhan: Baik~

dia buat concert dan tak hiraukan pesan i.. and kak Ros pun layan nubhan, bagi makan maggie, sembang, buat milo dan lain lain lagi... (sila refer jelajah ABP Kuantan untuk mengetahui siapa kak Ros).. i hanya tido


kami duk kat Pelican Hotel Batu pahat.. thats my bed.. Pillow bawak sendiri..


setelah puas geledah bilik....

Nubhan: syed, MANA REmote TV NIh?? suis lampu semua mana? kenape takder remote air cond?.. abis tue nak on lampu meja nih mcm mana?

Syed:(sebab dah Tau) hahah.. ish Mana la aku tau.. jangan ganggu hidup aku.. aku nak pejam mata 5 minit..tepon la receptionist...

Nubhan: Hish~

syed pon pegi on suis itu diam diam tanpa nubhan sedari...

Nubhan: Wah Magic.. tv on sendiri ke?? Meletuups~

syed: Bising la ko nih.. tengok jer la...

Nubhan: (Baru perasan setelah syed tukar channel) oh.. siot ko syed, nasib baik aku tak tepon reception, nanti diorang cakap aku bahlol dan nak hina hotel nih plak....Astaga~ Ada lagi hotel mcm nih eh..kagum aku, pandai diorang jaga... tangkap gambar jap syed..

Syed: hehe nanti aku taruk kat blog...

semua suis berada disini..



kami turun ke lobby hotel untuk surf net and Minum...



kami di bawa ke BP Walk.. untuk makan tengah malam..

Kami makan macam2 kat sana.. Nih muka stacy yang penat melayan peminat..


seluruh team beramah mesra dan plan untuk besok..




Penuh dengan Manusia.. Orang Johor banyak yang ramah tamah....



Stacy: Aku mau tangkap gambar sama kau.. sebab kau ensem boy
Syed: Jom Jom~
Nubhan: ENsem ke?... Ensem lagi aku..
Stacy: Diam la kau.. tangkap gambar kami~
syed: Weh~ Biaadap~ separuh jer muka haaku?..
Nubhan: Cukup la~



pukul 7am.. dikala semua masih mengulat.. I brought My laptop, my pillow and myself down and makan breakfast sorang sorang... setelah 2 jam baru lah yang lain turun.. and i masuk bilik kejutkan nubhan untuk siap...


Cantikkan gambar nie? beautiful readers?

12pm kamu bertolak dari Pelican Hotel Batu Pahat Johor ke Summit Parade Batu Pahat



Stacy: Harini Kau hensem.. Mari aku mau Gambar sama kau..
Syed: Hensem ke?
Nubhan: Ensemlah dari kau~








kami tiba di MK Cafe.. dan Makan Lunch disini... Sedap makanan Kat sini..



Nubhan di jemput untuk menyanyikan sebaris lagu... tapi kerana Makanan yang dihidangkan sedap.. Dia dengan Ikhlas hati Meenyanyikan sebuah lagu..

Syed: saper suruh Kau nanyi?
Nubhan: Sajer~ Nak warm up vocal... hehe
Syed: hish~ Pantang jumpe Mic~


Liana Jasmay and her mother arrived with style...



Setelah semua tiba, kami pun bergerak ke Batu Pahat Mall..



kat sini backstage kecik dan takder holding room.. Semua artis berkumpul di Office sementara menanti giliran..



syed: laa~ Nape u pandang? i nak candit shot la
Liyana: I alert ngan Camera~ hik hik..


The Fabulous cats.. Cool~



Blakang stage..

Syed: I nak tangkap gambar u Aizat ngan Nubhan
Liyana: I ngan Nubhan je la.. Aizat tengah tune gitar.. jangan kacau dia..
Syed: Ok..


Nubhan Nyanyi dua lagu...

Jatuh Cinta lagi (Matta)
Ada Untuk Mu



seperti biasa.. 2 penonton dipilih untuk Naik kereta tajaan...



Nubhan and Aizat bersama penonton terpilih...




semua artis yang terlibat... makan malam kat MK Cafe Batu Pahat Mall.. setelah selesai kami pulang... dan sampai di kuala lumpur pada 1145pm..

Friday, March 27, 2009

Bukan Tetek Nikki!


Beautiful Readers, Article ini di Cedok dari website kurang berpengetahuan...



(Gambar) Nikky Kantoi Tak Pakai Bra - Majalah Mangga

Inilah aksi Nikky semasa hadir dalam majlis sidang akhbar AIM ke 16 pada 26 Mac 2009 lalu. Apabila diminta pose bukan main lagi si Nikki ni posing sampai lupa ada sesuatu yang tertonjol di dadanya.<---Yes Pepejal Putih!.... berlapik dengan kain yang bewarna!, korang tak tau sebab MAK korang ngan awek korang tak pakai.. diorang mungkin mampu pakai bra murah kat pasar malam!

Agaknya Nikky lupa baju yang dipakainya tu jenis kain yang lembut. Bila agak ketat sikit maka, adalah yang tertonjol-tonjol bila badan dibengkokkan. Tak tahulah Mangga Muda kut kut Nikky memang sengaja pilih dress itu sebab nak menampakkan dia seorang wanita yang seksi. Nilaikanlah sendiri.<--- Korang tak ada ceritakan yang sebenarnya?? sedihlah! Nama dia Nikki dan Ejaanya N.I.K.K.I kalau tak tau tak payah sebut langsung, sebab nikki tak perlu publisiti murahan mcm nih!

Ada majlis yang sesuai nak pakai seksi seksi ni dan ada juga yang kurang sesuai. Tapi artis Malaysia ini memang tak kisah dah sebab itulah sekarang ini banyak gambar-gambar aksi hot mereka berjaya dirakam dan disebarkan. Lagi gambar selepas ini..<--- tue sahaja yang korang tahu... nilai seni seseorang artis dan ape yang dia cuba lakukan pernah betul betul nampak???





Im going to educate u all yang tak tahu...




Nikki pakai bra haritu... Bra itu dinamakan silikon bra.. ini adalah bra yang hampir serupa yang Nikki pakai haritu..



apa yang beautiful readers dapat lihat adalah.. pepejal putih (silicon)

orang yang komen kat page tuh kata mcm2 antaranya Nikki tak habis SPM dan kurang berpelajaran....FYI Nikki nie kalau dia tak jadi penyanyi.. dia nak jadi Doktor.. dengan kelayakan Matrikulasi dia dapat.. dia layak untuk masuk medical school! Nikki beragama kristan dan seorang GADIS yang patuh pada agamanya.. mustahil nikki nak jadi perempuan hilang akidah nak hayun TETEK sana sini... tambahan lagi dia dah nak kawin dengan Audi Mok...

kalau orang nak kata aku melatah dan tak ada sebab..dan siapa aku??? Nikki jugak kawan aku.. dan kawan kawan rapat aku tahu mcm mana aku sayang diorang...


kalaulah Article mcm nih dipandang masyarakat dan membuat Nikki famous.. bukan kerana contribution dan lagu lagu dia...sigh~.. Nikki.. besok kita pakai 2 piece jer pegi mana2 show ok...

Kejelitaan adalah Penderitaan (perubahan Nubhan 2)

Nubhan: kau nak bawak aku gi mana nih?
Syed: tempat Kejelitaan adalah penderitaan..

well Beautiful Readers yang hormati sekalian, 1st of all before i continue...I would like to share my rasa sedih yang tak terungkap bagi Nikki yang telah bertungkus lumus mengabdikan diri untuk menghasilkan Album yang bagus. walaupun Anda tidak dihargai atau TIDAK Dinilai LANGSUNG oleh AIM.. Album anda masih salah satu album yang bagus dan hebat, atau sebetulnya AIM tidak layak untuk menilai Hawa...PERIOD..Sigh~



so kemanakah I bawak Nubhan?... after Lunch, Nubhan and I went to a Gym.. disebuah Shopping Mall berhampiran dengan rumah Nubhan... Disana Esther telah melayan dan menerangkan segala pakej yang ada di gym Itu. Nubhan tertarik..






tanpa berfikir panjang.. he signed up for One year contract... and thats not all..


Esther bagi good deal to Nubhan... dan dia dapat beg tu.. tak cantik pon (jealous)... hehe..

pada hari ini..27hb March...



hari kedua Nubhan di gym... nubhan bertemu dengan En. Nik.. En. Nik nih adalah Seorang Personal Trainer.. He trained Fazura, Emma Hasmy dan few other celebrities...well i asked Fazura for clarification.. and she said its true and dia rasa patut Nubhan di train oleh En Nik..

Nubhan diberi penjelasan tentang food intake, about ape yang dia patut buat and stages of exercise yang Nubhan akan jalani..



En. Nik: dalam masa sebulan nih InsyaAllah lah badan nubhan nih dah ada tone...

Nubhan: eh tone tuh bukan untuk suara ke?

Syed: hahahahahahahah~

and Nubhan started his Cardiovascular workout...


dia pose.. tapi blur...



slow...





laju...


1hour 30mins later..



Nubhan: banyak lagi ke bang.. dah tak larat lagi..
En Nik: 4 set lagi...
Nubhan: Ok boleh~





Syed: So betul tak Kejelitaan dan Kejantanan adalah penderitaan?

Nubhan: Diamlah kau..




haih~ teriber teringat kisah lama... ada orang tuh.. kononnyer nak exercise... pakai personal trainer..bertahan 2 session sahaja..lepas tuh.. personal trainer call.. reject yer tuan tuan dan puan puan.. eh ape kena mengena gambar ngan orang kat atas nih?? hmm.. tah la..harap harap Nubhan tak macam tuh.. mari kita bagi semangat kat dia..


Anyways beautiful readers...

Next on syso's Beautiful Mind..




Astargfirullah.. Ape Nubhan buat tue???



kenape Nubhan tumbuk orang tuh???

hehe... Oh yaa!! Orang JB sekalian!.. Nubhan akan berada di Batu Pahat Mall untuk Jelajah Anugerah Bintang Popular Berita Harian pada 29hb March 2009 pada pukul 1ptg... mari kita beramai ramai kesana.. (",)

Wednesday, March 25, 2009

Seorang Artis lelaki dan Reporter Main judi..(Perubahan Nubhan 1)

Spotted..





Seorang Artis lelaki dan Reporter Main judi? hehe.. Bukan la... itu hanya playing cards semata mata dan tidak menggunakan duit dan unsur unsur judi langsung!


sementara menanti Stacy siap di Make up...




sebagai mengisi masa lapang.. Nubhan paksa Kak Ai (mangga) untuk main kard (21) dengan Nubhan..tapi kak kak Ai nih fast learner.. dan Nubhan Agak menyesal jugaklah ajar kak Ai, sebab Kak Ai menang All the way..hik hik hik..




24 March..iaitu hari shoot ini di adakan.. adalah hari jadi Kak Ai.. Nubhan bukan bagi hadiah.. tapi Kak Ai yang bagi dia hadiah.. Wallet Calvin klien




Nubhan cakap dia akan bagi hadiah kak Ai kemudian..




Stacy yang terdengar riuh rendah antara Nubhan dan Kak Ai lalu menambah herbs and spices..

Stacy: Kau nih Jahat la..hari jadi kak Ai tapi kau yang mintak hadiah..

Nubhan: Sebok la kau..

Stacy: aku mau tengok~ hadiah apa kau mau kasi sama Kak Ai~

Nubhan: Jealous la tue..

Kak Ai: tengok la hadiah ape dia nak bagi.. Wallet tuh dari U.S tau..Original bukan P.S boutique yeh..

Nubhan: hmm.. kak Ai Kak Ai~.. kita kalau bg hadiah kene Ikhlaskan?.. kalau saya bagi Hadiah spuluh ringgit bole kan?



Ini adalah Shoot Mangga bagi keluaran Mei 2009.. (Di sebuah Lighting Shop di Jalan Ampang)




hehe.. thats not all..







Nubhan lapar.. so dia ajak lunch kat sebuah restoran fast food.. I was on diet so i didn't eat.. and I hanya minum my official drink.. Light Coke..

Nubhan: Syed, Rambut aku cantik tak?

Syed: Cantik.. ko pehal nih?

Nubhan: ape lg aku kena buat bg memperelokkan diri aku?

Syed: Pasnih aku bawak ko pegi tempat yang boleh memeletupkan ko lg nak?

Nubhan: weh! aku taknak bedah bedah dan enjet enjet tau! haram weh~

Syed: Ish... ko nih..lek ah jangan mengelupur~ ko diam dan ikut aku..

Nubhan: jumpe bomoh ke?


Next on syso's Beautiful Mind..

Syed bawak Nubhan ke mana???

kejelitaan @ Kehenseman adalah Penderitaan... ( beauty is pain...)